REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA


Assalamualaikum w.b.t,

Masya-Allah, ini blog ke apa ni? Macam sarang tikus je aku tengok, kan...

Kesiannya... lamanya tak tulis apa-apa kat sini... okay, zaman jadi blogger dah suram, camnilah jadinya...

Aku buat apa kat sini, oh ya...

Apabila saya mendengar yang novel terbaharu Dhiya Zafira (DZ) bakal terbit tidak lama lagi sekitar January-February lepas, secara jujurnya saya memang tidak dapat menahan perasaan teruja. Well, we know why!

Sesetengah daripada anda mungkin sudah tahu, I am a biggest fan of DZ... walaupun rasanya ada je lagi the biggest fan yang lain. TAHNIAH Kak Dhiya for your 7th novel yang delayed lama tak ingat tu, kan... hahaha! Selepas Ku Damba Bahagia (KDB), rasanya setahun sekali... tiba-tiba 2013 lapsed. Aduhai...tercalar dah record... sedih,sedih...

Tapi tak mengapa. Biar lambat daripada takde. Bak lirik lagu Summertime Sadness nyanyian Lana Del Ray, ‘LATER BETTER THAN NEVER’ jadi, lambat pun tak mengapa asalkan keluar juga.

Selepas Tertulis Buat Kita (TBK), saya ingat lagi yang DZ sebenarnya sudah berkira-kira untuk menulis Kief’s Story yang mana judulnya masih belum ada. Namun entah bagaimana pula, Dzar Thalha muncul. Out from thin air tiba-tiba lelaki hebat ini menjelma. (Dzar being hebat? Hmm, I’ve arguments about this! Later.)

Selepas dirisik-risik, Kief’s Story itu agak berat dan merupakan cabaran kepada DZ. Dan kebetulan idea tentang seorang lelaki, perempuan, Pulau Perhentian muncul. Rasanya idea asal pun lain juga, kan... tapi end result jadi seperti yang diterbitkan. Lagipula, cerita tentang hubungan anak dan bapa bukan kecenderungan DZ. Mungkin jugalah sebab itu, projek Kief jadi tertangguh walaupun sebenarnya, saya sangat anticipate kisah tersebut mengenangkan Kief itu abang kepada hero yang masih ilusif sehingga kini. Hero yang layak tetapi belum cukup bersinar, Eddie, the third commando!

So, now that SDN sudah diterbitkan dan dibaca. Saya kembali menunggu Kief dan Emma (jika nama tiada penukaran) sebab selepas itu, Eddie akan muncul dan most probably Jimmy & Auni, Rif & Afi, Helmi dan isteri serta si single Luqman. Tak sabarnya saya! Korang pun sama, kan! Hahaha... Kesian Dzar & Ara sebab saya tak lama excited dengan mereka. Hmmm...

So, tak payah buang masa... Cut this short, let’s go to the review already...



SETIAP DETIK NAFASKU (SDN) ialah buku ke-7 daripada penulis kesayangan saya (some of you might already know, some of you might, “ko retis orang nak ambik tahu? Ko ingat ko Neelopaaaa?!!!”).

So bila kesayangan kita kena apa? Kena cakap semua benda elok jelah ya?

Oklah kalau gitu... akak cun. FULLSTOP. Hahaha... let’s go back to the review...

Sebelum menulis, I’ve contacted the author just to borak2, marketing MLM sikit, gedik2 sikit and told her that I’ve almost finished reading the book. She told me not to forget to review sebab kalau nak diikutkan saya adalah pe-review yang rajin taip karangan sekolah (panjang dan mengarut!), terhibur kot... ikhlas ke tidak, wallahu’alam... beliau dan Allah saja tahu. Saya? Ada aku kesah!

So, she said this. Just because we known each other, jangan sugar coat her. If we sugar coat, penulis takkan tahu mana salah dia. Just because kita peminat tegar beliau, hasil tulisannya yang biasa-biasa sahaja kita tak boleh julang macam boleh menang OSCAR! Dan for me, kalau tak suka tak payah review sebab if we review something, we are actually recommending sesuatu itu kepada orang. Macam satu tempat makan/ restoran yang saya datang makan once in a while ni, dia tulis besar-besar kat banner, kalau sedap bagitahu kawan-kawan, kalau tak sedap bagitahu kami/ tukang masak. And that, for me is the purpose of reviewing a book too. Kalau bagus, spread the word. Kalau tak bagus bagitahu kepada penulis dia tanpa mengaibkan. Kalau tak suka betul tutup buku tu, simpan or jual balik kat orang lain yang suka.

So, I am reviewing a book because I like the book. I don’t read that much from many authors but I do read a few. Sebab I tend to judge dulu daripada kulit buku, ketebalan, dan publishernya. Dan synopsis/blurb kat belakang itu. Mostly... sama je. Mostly... camtu aje ceritanya. Mostly... bercinta selepas kahwin (benda ni bagus tapi itulah... itu aje citernya!). So... akhirnya saya tutup banyak ruang mengenali penulis lain. I stick to beberapa sahaja. Macam Ramlee Awang Murshid. This guy’s a legend; I don’t review his because I don’t have to. Nama dia sudah cukup besar. Dan saya rasa saya cukup sebagai silent admirer of his works sahaja.
And as a sign of I support him is by liking someone who review his works and buying his works.

Tapi DZ, she’s a great writer. Yet she struggled. Untuk menempatkan namanya sebaris dengan penulis-penulis yang ada kerana individuality yang dia ada. Individuality is a good thing, you know. It sets someone’s apart from the rest. I believe in her. And I believe when she writes, she wrote her heart out! Tetapi sadly, she's still going at a slower pace compared to the rest of the other writers yang mengakuri fahaman, 'If you can't be them, join them.' But I'm glad she didn't because, how can you prove who you are by wearing the same mask macam orang lain. I like it that she chose to wear a different color eye shadow (ini hanyalah analogi, ya!).

Mungkin disebabkan itu, DZ membaca hasil review saya dan sedikit sebanyak terkesan dengan my sugar coating comments. Bila saya tengok balik review2 saya yang lepas2 tu, yeah... I admit that. Because I am. But why?

Like I said earlier, I’m that type of person yang hanya akan review sesebuah naskah yang saya suka. Hence, sugar coating tidak dapat dipisahkan. So far, I like and love all from DZ. But, this time around she asked not to sugar coat sangat. I respect that but I can’t help it. The book is good.

However, Good ≠ Great.

Ok, saya pasti anda familiar dengan likert scale, kan? Skala 1 hingga 7.

1=tak best giler, 2=sangat tak best, 3=tak best, 4=ok ok je, 5=best, 6=sangat best, 7=best giler.

Truthfully, sebagus-bagus novel Ramlee Awang Murshid pun, belum ada yang sampai ke tahap 7 mengikut selera saya. Semua siri Sunan beliau adalah di skala 6. Semua. Means, I liked it very damn much! But not to the point that, I would reread soon just after finishning it. I would read a certain parts of the novels but not all of it as a whole reading again. Skala 7, mungkin akan buat saya jadi tak keruan sebegitu. Rasanya.

And tell you what, from DZ, Rindu Belum Berhenti (RBB) dan Jauh Kau Pergi (JKP) is at number 6 as well. Hati Bergetar Rindu (HBR) and Tertulis Buat Kita (TBK) are at number 5. Rindu Untuk Dia (RUD) is at number 4. Saya takut menghancurluluhkan hati akak jika saya bagi skala KDB, but hey... no sugar coating, kan... and besides, my scaling cannot generalizes what other people may think. I give the number 2 for KDB.

Alhamdulillah saya kenal Kak Dhiya melalui RBB. Kalau tidak, I would have never reviewed any of yours. And I would miss a lot in life with you! Hahaha!!!

So, where is Setiap Detik Nafasku stands at? Kita post-mortem dulu sebelum bagi skala, ok!

Seperti yang saya sudah nyatakan GREATEST daripada DZ adalah RBB dan JKP. Tetapi tidak bermakna SDN tiada keistimewaannya.

I like it, still. But is it impacto?

Hmm, this can be debatable. All that I am writing here is all my personal and honest view. Let’s go through with the protagonist dulu.

Dzar Thalha
Dzar Thalha has that DZ-guys charisma. No doubt but it’s far at the back of Izz Karami, Jimmy@Najmi Hariri and Haiyan Rifqi. Dzar tidak gagal as a hero, he’s awesome but in this piece, dia tidak ada peluang untuk menunjukkan buktinya (ni salah siapa ni? Hahaha!) kerana tiada satu-satu scene yang betul-betul menunjukkan dia beraksi secara macho yang memberi impak.

We can argue dia budak silat dan dia berkelahi dengan ayah dan sepupu ayahnya itu. But, that’s not heroic. Although dia buat begitu kerana mak dan adiknya. Heroic sepatutnya adalah dia bertarung demi orang-orang yang dia cinta dan sayang. Bertumbuk dengan bapa sendiri itu lebih kepada amarah diri yang terpendam. Hilang kawalan is not heroic at the first place. Secara rasional, sepatutnya ada ruang-ruang di mana DZ boleh tonjolkan heroic quality seorang Dzar Thalha namun secara jelasnya, Dzar tidak diberi peluang berbuat demikian. Oleh yang demikian, saya kecewa. Sedikit. Tak banyak pun.

Ya, mungkin DZ sudah bosan atau merasakan klise baginya untuk membuat scene yang sepatutnya ‘anticipated’ macam Dzar sampai di tempat Ara dan Diana disekap. One bullet kena pada Diana atau Ara. Dia mengamuk. Then lagi, mungkin sepatutnya dia take a bullet wound untuk selamatkan Ara.

Maybe DZ rasa she has done that before and she feels that she don’t want to make it a loop of hero did that and again and lagi sekali. She did it before. Well, for me with not having that, Dzar is placed below his optimal potential.

Another thing, that take on 8 guys, Rif and Jimmy would’ve kick serious ass! Haha... this is just nak compare jelah... tak semua hero kena handal berlawan macam komando! But still... Rif dan Jimmy boleh buat. And my money goes to Izz jugak!

Selain itu, daripada segi psikologi dan emosi. A good thing is Dzar jenis yang menjadi kuat disebabkan oleh dugaan. Dia diduga dengan hukuman kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia diduga dengan perasaan sayang yang teramat tetapi terbeban dengan tanggungjawab yang cukup berat sedangkan dia masih lagi seorang budak-budak (18 tahun tu budak-budak ye! Tak payah eager sangat nak jadi dewasa cepat-cepat!).

Oleh itu, saya tak dapat mencari salahnya dia berubah laku menjadi dingin dan menjauhkan diri. Ini adalah sebelum saya tahu apa yang Datuknya lakukan terhadapnya. Kerana tanpa sebarang ugutan pun, dia sebagai seorang manusia perlukan masa break. He needs a break from everything. Sebab manusia normal tak boleh handle masalah banyak sangat. Nanti dia overload. Mati. Well, at least, I’m like that. And often, I get away... saya tinggalkan semuanya (ini adalah apa yang saya lakukan terhadap perkerjaan saya, sila jangan contohi!).

Dzar, Dzar, Dzar... saya sungguh sukakan perwatakannya. Dia ada aura. Too bad, aura itu cuma disedari oleh pembaca melalui imaginasi sahaja. Dan tidak diterjemahkan dalam bentuk penceritaan yang jelas (ini ialah summary untuk komen di atas-atas tu).

Azra Qairina
Let’s go to Ara. Azra Qairina. She’s very ordinary and that is a good thing. Karekteristik Ara dipadankan dengan karekteristik Dzar seperti blok-blok lego. Ada lubang dan ada lekuk. Jadi ia melekat. In a way, it’s completing each other.

Mula-mulanya Ara dilukis dengan karekter yang nampak seperti tidak matang. Suka berkelahi dengan Mak Da nya yang mereng itu. Happy-go-lucky.  Positive.

I, for some reason admire her positivity. How can she be so... husnuszon. Hahaha...!

I cannot really tell apa yang nak dicakapkan tentang Ara. Dia normal sangat. Tak macam Ari. Tak macam Amie. Yang ada dilemma sampai tidak boleh get on with life. Ara, tahu dan sedar kesalahan dia tapi dia jenis yang redha. Dia tidak menanggung kesalahan di atas pundaknya sehingga dia tak boleh nak bahagiakan dirinya sendiri. Sejujurnya, Ara pada saya seakan gabungan Adni dan Afi. Afi with her bravery and positivity dan Adni dengan dia punya sense of love. Mungkin a little bit of Auni apabila memegang pistol and have that nerve to put a bullet in someone’s brain!

I like it when Ara tanpa segan menjerit dekat Dzar and how she uses her ‘power’ untuk menukar diri Dzar yang macam ayam goreng KFC. Rangup dan panas diluar. Lembut dah berjus di dalam. She turns that man inside out. Hahaha!

But Adni is never comparable lagi, kak... Adni masih nombor satu dalam hati saya. (Zarin tu something else! Bukan dalam perbicangan di sini!)

Now, hero-heroin Nora bagi 4 bintang. They’re very sweet. And very charming. And very lovely. Kita beralih kepada tema lain pulak.

Dzar – Hisham
Hmm, what I’m about to say now is what I fear the most. Kerana,  DZ menangguhkan Kief’s Story sebab hal ini jugak (serasa saya lah), kisah ayah dan anak.

Hubungan Dzar dan Hisham, sepatutnya diceritakan dengan lebih mendalam. Mendalam dekat flashback. Tetapi tidak pada bahagian mereka berbaik.

I don’t know why DZ tak ambil peluang yang ada untuk menulis satu bab tentang Dzar dan Hisham bertemu muka dan berterus-terang apa yang ada dalam hatinya. Sepanjang cerita, semua orang tahu macam mana bencinya Dzar kepada ayahnya itu. Dan Dzar would cry at night memikirkan hal tersebut.

It was such a waste of a plot to remove that from the narrative. Pada saya lah. Saya tak pasti dengan anda. Tapi saya agak kecewa dengan hal ini.

Well, I mean dalam RBB, Izz Karami berjumpa dengan ayah dan ibunya untuk meminta maaf. Sebab subplot itu sangat penting. Itu cuma salahnya datang daripada Izz sahaja. Tapi dalam case Dzar, walaupun Hisham dah berubah, dia tak beri peluang kepada ayahnya itu. Jadi, untuk menjernihkan keadaan patutnya ada scene yang specific buat mereka berdua kerana dua-dua pernah buat silap, dua-dua ada salah masing-masing. Jadi, it’s a bit disappointing that DZ tak tulis lebih sikit pasal itu. Saya tak rasa sukar untuk DZ tulis babak-babak seperti ini sebab dia pernah buat sikit dulu dalam RBB. Dan dalam JKP pun sama, between datuk-nenek-cucu. So patut takde masalah. Tapi apakan daya, rumah dah siap. Hihihi~~~

Ara – Mak Da
How can I say this... sepanjang membaca scene Mak Da dan Ara. All I can say is... typical. Cerita melayu. Not a bad thing actually but I’m not fond to this either. A good thing is because it adds to the conflict diversity of the story. Semasa pembaca dihidangkan dengan masalah Dzar, Ara pun sama ada masalah juga. Tapi yang tak best ialah the ending. I think, terlalu mudah. I mean like, kalau Ara tahu bercakap akan menyelesaikan masalah... why take 7 years? And if hati Mak Da tu keras sangat... dengan hanya kata-kata dia boleh berubah ke?

Sekadar pendapat, I think it is better if something happened to Ara, something almost fatal. Yang buatkan Mak Da insaf dan sedar dia pun sayangkan Ara sepertimana dia sayangkan Alin. Atau... something yang melibatkan Izhar. Atau... I don’t know... something yang bukan just cakap-cakap sahaja.

Action parts
Let me tell you this kak... saya tak salahkan akak... tetapi tanpa adegan-adegan aksi, terasa seperti SDN bukan karya akak... huhuhu~~~

Komen? No comment... sadis tau~~~

Eh, ada... patutnya bukanlah susah sangat nak buat fight scenes tu... katakanlah, Dzar sempat datang nak selamatkan Ara dan Diana. Gaduhlah... akak dah pernah buat dalam RUD. Hmmm, susah sangat ke kak? Huu~~~

Katakanlah konco-konco Izhar pun ada lagi... patutnya dorang sempat berkumpul dan tolong ketua dorang tu. Then, barulah ada action and fight scenes, kan? Bolehlah Sid dan  Fauzan Abd Karim enter frame sekali lagi, kan... bertumbuk. Huhuhu~~~

Oleh kerana Dzar takde heroic moment... Jad pun jadi lagi power... tak sangka saya akan cakap macam ini... Jad sangat macho...

Moreover, novelette DZ Buru Bayangan Luka dalam Antologi Jiwa Kacau pun lebih mantap daripada segi aksi. Yelah, itu novelette thriller, kan...


Watak-watak lain.

Tan Sri Hassan Basri
Macam manalah orang tua macam ini boleh hidup dan wujud atas muka bumi. Nasib baik kau watak fiktif, jikalau tidak awas... kaki makan kau! Haaa, gitu~~~

Secara naratif, he did a very great job at protecting his grandson. Which in turns, dia tidak sedar akan tikam belakang dia. Maksudnya di sini, perancangan dia agak flawed. Dia percayakan peguam dia dan dia ingat duit dia boleh tutup segala kejahatan cucu dia tu. Hmm, jadi... sejahat-jahat Tan Sri Hassan Basri pun, dia tidak sepadu kejahatan Dato’ Jamaludin dalam RUD.

So, kejahatan dia Nora bagi 2 bintang je... tapi kekejian dia Nora bagi 4 bintang!

Diana Aqilah
Dia mengingatkan saya kepada Afi. She might not be as strong and brave, tetapi kasih sayangnya terhadap Dzar sama dengan kasih sayang Afi terhadap Jimmy. Sebagaimana Afi tidak pernah give up terhadap Jimmy (apabila Jimmy became an ass), Dian jua tidak pernah berputus asa dengan abangnya.

Apart from that, Dian juga membuatkan saya terimbau sedikit tentang Amie Najla’. Lemah tetapi tidak mahu mengalah. Beza dengan lemah dan berserah.

Izhar
Man, that bad boi! Who would’ve thought?

I would. And I was constantly looking at the remaining of the pages while I read. Dah nipis dah ni. Baik lagi mamat ni! This is the 1st time DZ did this, usually takdelah sikit sangat baki muka surat sampai boleh tahu penjahat sebenar.

Motif dia. Agak rapuh walaupun for a fictional person, melihat daripada sudut cerita tersebut. Takkanlah si Izhar tu tak boleh agak yang dia akan kantoi sebab dia duduk dikalangan Dzar dan Ara. Daripada dok gila nak bunuh Diana and Dzar baik dia lari ke luar Negara ke apa. Dah konfem2 yang jadi polis tu ASP Ziyad Sidqi dan Inspektor Fauzan(!), mereka itu pro, okeh!

Tetapi motif sebegitu adalah possible for a real individual. So, get back to reality. These bad people exist. They vote. They breed. Beware!

Mak Da
One thing I really like about Mak Da is that I can really see a Malaysian actress yang sesuai untuk melakonkannya. No, I have a few but then... rasanya Sharifah Shahora paling sesuai. On one part, tiba-tiba saya terbayangkan Norish Karman tapi I don’t like her and also I thought that NK is too mainstream!

Sadly, Mak Da cepat sangat baik. Dan baiknya itu tak dramatik sangat.

Hisham
Watak ini menunjukkan yang frasa “Hidayah itu milik Allah”. So true. I mean how can a total pig boleh turn over a new leaf. Bukan kerja manusia. Semua kerja Allah. And yeah, seperti Ara cakap. She cannot judge people based on their past.

We cannot judge how people can become, can change sebab kita ni hamba-Nya sahaja. Kita bukan hakim nak menjatuhkan hukum. Sadly, in the world that we live in today... ramainya mufti segera yang cukup mudah menghukum orang. Nauzubillahiminzalik... minta-minta kita ni bersederhana jelah, dengan ilmu yang entah berapa sentimeter sangat ni... Allahuakbar, kecik je diri kita ni daripada nak bangga-bangga diri dengan ilmu yang ada...

So, back to Hisham. Truthfully, if I were Dzar. I, too, cannot find an excuse to forgive him. DZ portrayed this character to be jahat giler and expect kita untuk maafkan dia. Sebabkan Hisham dan Dzar ni fiction bolehlah kita find a reason. Tapi kalau orang betul dan ada kaitan dengan kita, mostly semua akan jadi macam Dzar juga. Mana nak tahan, mana nak maafkan... realitinya begitu.

Megat Daniel
For some reason, I like this character. Seorang lelaki penuh maruah dan karisma. Dia tidak gentar menentang sesiapa sahaja asalkan dia tahu dia benar dan dia tidak juga seorang yang akan menganiaya orang lain atas tiket undang-undang.

Sedangkan secara praktikalnya, Dzar sudah bebas dan dia sudah tidak ada kena-mengena lagi dalam hal Dzar tetapi dia tidak mahu membiarkan kemungkaran hidup bermaharajalela di hadapannya. Dia bukan lelaki bacul yang boleh membiarkan kejahatan segar-bugar tanpa dia banteras. This is heroic, kak... This is how we do it!

Saya dah nampak aura DZ-guys pada diri Daniel.

Saya masih ingat post FB DZ di mana beliau berkira-kira untuk menulis tentang lelaki ini nanti. Well you know what kak, He. Deserves. It!

MAKE SURE TO MAKE IT AN ACTION-THRILLER!

Faridah
Kalau hati sudah melekat, taik kucing rasa coklat!

Okey, bukan salah sesiapa dia jatuh cinta dengan lelaki tak guna. Bukan salah dia jatuh cinta, bukan salah Hisham juga jatuh cinta. Salah Faridah ialah bertahan dengan penganiayaan itu. Salah Hisham kerana dia kata sayang tetapi menunjukkan yang sebaliknya. Dia bukannya sayang, dia obses. Tetapi yang teruknya, obsesi Hisham itu tidak hilang biarpun sudah tiada madu lagi buatnya.

Sejujurnya, saya kasihankan watak Faridah ini. Dan sepanjang membaca saya, membayang pelakon Lydiawati sebagai pelakonnya. Entah, macam sesuai sahaja. Macam Sharifah Shahora dengan watak Mak Da itu.

Ajak
Ajak Shiro ke? Hahaha...

Kawan-kawan yang macam inilah yang kita mahu. Bukan kawan-kawan yang ada di masa nan senang sahaja. Sedangkan semasa kita jatuh, entah ke mana hilang perginya.

Shera
Saya dapat bayangkan gadis ini seorang yang comel. Itu sahaja, sekian terima kasih!


Technical parts
Tak dapat dinafikan, walaupun novel ini bukanlah novel bergenre ‘DHIYA ZAFIRA’ yang sebenar tetapi penulisannya, kejituannya, ketelitiannya adalah ‘DHIYA ZAFIRA’. And she is getting better with every book, so far. Congratz!

Flashbacks are many but satu pun tidak menjejaskan penceritaan. Tidak mendatangkan kekeliruan. Semuanya cantik dan tersusun. Pembaca boleh bezakan Dzar Thalha yang berusia 18, 26 dan 33 dengan mudah.

Cuma kalau hendak saya complain hanyalah satu perkara yang agak besar juga. Prolog yang kurang menyengat. Kisah ini, kisah Dzar. Jadi adalah lebih baik prolognya berkaitan dengan lelaki itu secara direct. The best prolog from DZ saya ingat lagi...RBB, and not strangely, BBL. Very intensifying! Not to forget, TBK also! So breathtaking!

Typos pun dah kurang walaupun untuk takde terus adalah ilusif... tapi getting better. Atau mungkin mss ini ada banyak masa untuk di-go through... setahun, kan!!!!!!!!!! Hehehe!

Kulit buku... pada mulanya saya ingatkan pemilihan kulit buku itu mudah. Okey, citer pasal apa...kulit buku should reflect lah, kan... tapi selepas melihat lambakan novel-novel tempatan yang sekadar nak capture pembaca dengan kulit buku yang sweet, dan comel, dan cantik diletakkan atas rak buku. Walhal cerita biasa-biasa saja, ataupun takde kena-mengena... I was thinking, what in the name of sweet potato is the publisher’s thinking?!

Luckily, SDN tidak menerima nasib yang sama. Walaupun... riben itu adalah janggal pada saya... tapi okaylah daripada kena yang mengarut-ngarut!

So, above all, naskah ini adalah naskah yang BERBALOI. Dan jika anda sudah merupakan Team Beretta 92s AKA Fans DHIYA ZAFIRA, milikilah SETIAP DETIK NAFASKU. Walaupun sekadar love story, love story ini tidak typical.

Bukan kahwin paksa. Bukan bercinta selepas kahwin, tetapi asas pergaulan sebelum nikah adalah terjaga. Itu sudah cukup memberi mesej yang baik. Bukan klise korean drama. Bukan, bukan dan bukan. DZ is all about individuality... katanya!

Oleh itu, dengan ini saya bagi skala likert itu ya sekarang... 5!

Tetapi, hey semangat jahat yang merasuk tubuh DZ, keluarlah kau! Pulangkan dia kepada kami supaya dia boleh tulis Action-Romance semula!

Ok! Dah habis dah! Selamat malam!




Emil: inilah Ara saya...
Jahn: OMEYYYYYYYYYYY!!!

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS